00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sehidup KPDN menyasarkan pengubalan akta e-dagang baru disegerakan bagi memberi perlindungan menyeluruh kepada
00:11pengguna serta mewujudkan persaingan adil buat peniaga tempatan.
00:15Timbalan Menterinya Datuk Seri Fuziah Salih berkata langkah itu penting bagi mengatasi kelompongan akta perdagangan elektronik 2006 yang disifatkan tidak
00:26lagi seiring perkembangan teknologi dan lenskap perniagaan digital masa kini.
00:33Menurutnya ekosistem perniagaan dalam talian kini menjadi semakin kompleks terutama apabila ia melibatkan aktiviti perniagaan rentas sempadan.
00:41Kerangka e-dagang negara juga perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan perubahan cara rakyat membeli serta berniaga masa kini.
00:50Fuziah menegaskan pengubalan akta baru ini memberi tumpuan kepada perlindungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS daripada persaingan tidak seimbang
01:00akibat lambakan harga melampau berisiko menjejaskan mata pencarian peniaga tempatan.
01:06Pada masa sama, kerajaan mahu menetapkan tahap pematuhan dan kebertanggungjawaban jelas kepada penjual luar negara bagi menangani isu penipuan, barangan
01:15tidak selamat maupun pertikaian transaksi.
01:18Katanya peranan penyedia platform e-dagang turut perlu dikawal selia memandangkan mereka kini mempunyai pengaruh besar dalam penentuan pemasaran dan
01:27pengedaran produk, bukan sekadar menjadi tempat menemukan pembeli dan penjual.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments