Skip to playerSkip to main content
  • 6 weeks ago
PBB menggerakkan bekalan bantuan dan kakitangan kemanusiaan bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir besar di Nepal. Bencana itu telah meragut sekurang-kurangnya 160 nyawa, menyebabkan lebih 680 individu hilang serta memusnahkan infrastruktur penting negara berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menggerakkan bantuan kecemasan ke Nepal, susulan banjir besar yang meragut sekurang-kurangnya 160 nyawa dan
00:08menyebabkan ratusan lagi individu hilang.
00:11Menurut setia seagung PBB Antonio Guterres, pasukan PBB dan rakan kemanusiaan kini sedang menyelaras bekalan serta kakitangan bagi menyokong komuniti
00:20yang terjejas akibat bencana berkenaan.
00:22Beliau menzahirkan kesedihan dengan bencana yang melanda Nepal dan China sehingga menyebabkan kehilangan nyawa serta kemusnahan besar.
00:28Ucapan takziah turut dizahirkan kepada keluarga bangsa dan beliau mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.
00:36Menurutnya PBB kini menyokong usaha bantuan kemanusiaan yang diketuai kerajaan Nepal dengan menggerakkan bekalan ke kawasan terjejas.
00:43Setakat ini, bencana berkenaan telah meragut sekurang-kurangnya 160 nyawa dan menyebabkan lebih 680 orang dilaporkan hilang.
00:51Pia berkuasa Nepal turut menganggarkan 13 projek hidroelektrik dan jalan raya musnah akibat banjir itu.
00:57Selain itu, kira-kira 200 lori dan 19 jambatan juga dilaporkan hanyut arus deras yang melanda kawasan terjejas.

Recommended