00:01Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas dan rakyat yang bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan
00:112026 di Putrajaya.
00:13Beliau menyifatkan semangat, disiplin dan kebersamaan yang dipamerkan sebagai cerminan wajah sebenar Malaysia yang teguh kerana rakyatnya bersatu serta saling
00:25melengkapi.
00:29Menerusi hantaran di Facebook pada Senin, Anwar menyatakan hormat kepada semua petugas yang mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi menjayakan
00:36Sambutan Berkenaan.
00:38Penghargaan itu merangkumi anggota keselamatan, penjawat awam, pasukan teknikal dan perubatan serta petugas kebersihan.
00:45Beliau turut menghargai sumbangan para kontijen, penggiat seni, warga media, anak-anak dan sukarelawan yang memainkan peranan masing-masing.
00:53Hantaran tersebut memaparkan suasana di sebalik tabir Sambutan termasuk khidmat bas perantara, kesiapsiakaan pasukan perubatan dan petugas teknikal yang mengendalikan
01:02perjalanan acara.
01:04Turut dipaparkan para peserta dalam busana tradisional pelbagai kaum serta petugas kebersihan yang meneruskan tugas selepas Sambutan berakhir.
01:12Anwar dalam masa yang sama berterima kasih kepada rakyat yang sanggup berkampung di Putrajaya sejak malam sebelumnya.
01:17Seawal pagi, kawasan sekitar dataran Putrajaya dipenuhi pengunjung pelbagai lapisan usia yang hadir bersama keluarga sambil mengibarkan jalur gemilang.
01:27Menurut Anwar, kebersamaan itu mencerminkan semangat yang didambakan iaitu berhimpun dalam satu tekad untuk meraihkan kemerdekaan dan memperkukuh perpaduan.
01:37Terima kasih telah menonton!