• 3 months ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mula mempamerkan notis cadangan bagi menambah kawasan pilihan raya baharu dan pertukaran nama kawasan pilihan raya di Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Pilihan Raya SPR pada selasa mula mempamerkan notis cadangan bagi menambah kawasan pilihan raya baru dan pertukaran nama kawasan
00:08pilihan raya di Sarawak.
00:09Notis berkenaan akan dipamerkan hingga 30 September ini di beberapa pejabat daerah di seluruh Sarawak bagi membolehkan orang ramai mengemukakan
00:19bantahan terhadap cadangan berkenaan.
00:24Menurut notis itu SPR mengikut kehendak Fasal Kurungan 2 Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan telah mengkaji semula pembahagian negeri Sarawak kepada
00:34bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan bahagian-bahagian pilihan raya negeri.
00:39Hasil kajian itu sebanyak 17 kawasan pilihan raya negeri baru telah dicadangkan manakala 10 lagi dicadangkan untuk ditukar nama.
00:47Selain itu terdapat satu kawasan pilihan raya persekutuan dalam negeri Sarawak dicadangkan untuk ditukar nama.
00:55Sebanyak 17 kawasan pilihan raya negeri baru yang dicadangkan termasuk Jagoy, Pasir Pandak, Matang, Semarak, Tabuan Jaya serta Melekun, Batuniah,
01:07Permaisuri, Tudan dan Usun Apau.
01:09Sementara itu sebanyak 10 kawasan pilihan raya negeri yang dicadangkan untuk ditukar nama termasuk Serayan nama sebelum ini Opar, Singai
01:19sebelum ini Tasik Biru, Bong Sadung sebelum ini Tarat, Muara Lasa sebelum ini Semob, Matu sebelum ini Jemoreng, Rasau sebelum
01:30ini Bawang Asan serta Gunung Murut sebelum ini Baklalan.
01:34Pada Julai tahun lepas Dewan Undangan Negeri Sarawak meluskan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri Komposisi Keanggotaan 2025 untuk menambah
01:4417 kerusi baru daripada 82 kerusi menjadikan jumlah keserahan sebanyak 99 kerusi.
01:55Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya SPR perlu menyiapkan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri Sarawak dalam
02:03tempoh tidak melebihi 2 tahun bermula daripada tarikh notis mengenainya diwartakan.
02:09Dalam satu kenyataan media, SPR memaklumkan kajian itu menyebabkan carangan penambahan 17 kawasan pilihan raya negeri sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan
02:18Dewan Undangan Negeri Dun Sarawak meningkat daripada 82 kepada 99.
02:23Setiausaha SPR, Datuk Khairul Syahril Idrus berkata kajian semula itu dilaksanakan berlandaskan fasal 2 perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
02:32Tambah beliau representasi terhadap Sur yang dicadangkan boleh dikemukakan dalam tempoh sebulan selepas tarikh penyara notis tersebut.
02:39Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada SPR melalui pahutan sama atau dialamatkan kepada pegawai pilihan raya negeri Sarawak.

Recommended