Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Sekitar 100 peserta berbusana tradisional berjalan dari Wisma Sandakan ke laluan kreatif sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Siring dalam logat tempatan Sabah membawa maksud tepi atau pinggir.
00:05Nama itu dipilih untuk mencerminkan kedudukan sandakan di pesisir pantai timur Sabah.
00:11Sempena hari Malaysia, komuniti penggiat seni dan budaya sandakan yang dinamakan Siring-Siring
00:17membawa seni, budaya dan identiti pesisir pantai timur Sabah ke tengah bandar
00:22menerusi program Lorong Merdeka.
00:25Sekitar 100 peserta berbusana tradisional berjalan dari Wisma Sandakan ke Laluan Kreatif
00:32sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
00:35Program yang julung kali diadakan itu turut diisi dengan deklamasi sajak
00:39dan sesi tarian tradisional beramai-ramai.
00:43Bagi Siring-Siring, Lorong Merdeka diharap menjadi titik permulaan untuk masyarakat tempatan
00:48kembali menggunakan Laluan Kreatif sebagai ruang seni dan budaya.
00:53Kami pikir Laluan Kreatif Sandakan dan Pusat Bandar Sandakan secara umumnya berpotensi
00:58untuk dikembangkan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan
01:00terutamanya untuk mempromosikan image sandakan kepada pelancong, kepada budaya-budaya luar
01:06sebab sekarang kita nampak industri pelancong kan semakin rancak.
01:12Jadi kita perlu memaparkan satu image sandakan yang mempunyai identiti dan karakter yang tersendiri
01:18dan termuat seni budaya orang-orang pesisir yang ada di sandakan ini.
01:23Jadi kami pikir program-program begini ke depan ada potensi yang besar untuk tujuan
01:29membangunkan lagi kesenian dan kebudayaan yang ada di sandakan
01:32terutamanya mengelibatkan partisipasi golongan muda.
01:36Bagi para peserta pula, Lorong Merdeka menjadi ruang untuk meraihkan Hari Malaysia
01:40secara lebih dekat dengan komuniti, berkumpul, berinteraksi dan berkongsi semangat kebersamaan di bandar sendiri.
01:49Pada masa sama, sambutan itu memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memberiahkan
01:54pusat Bandar Sandakan dan menghidupkan kembali ruang yang semakin sepi.
01:58Kalau dari segi pembangunan, sebenarnya banyaklah pembaruan
02:02tapi bagaimana untuk kita tarikkan orang untuk datang di Bandar Sandakan ini kan
02:06sebab kita dapat tahu Bandar Sandakan sebenarnya di sini
02:09tapi di pelbagai bandar lagi
02:11macam ada IJM, kita ada Batu Tujuh, sesuatu lagi
02:15tapi bagaimana kita ingin tarik orang untuk orang datang balik ke Bandar Sandakan ini
02:20jadi ini adalah untuk pelbagai aktiviti terutamanya di area Bandar Sandakan
02:26Tujuannya macam begitulah, kita cuba support
02:29support kita punya Hari Malaysia
02:32merayakan dan memeriahkan Hari Malaysia
02:34sebab kalau kita tak rayakan, siapa lagi merayakan
02:37betul-betul, ini macam kalau saya lama di Sandakan ini kira macam first time
02:41so next time mungkin boleh buat lagi ada pelbagai acara aktiviti
02:45so yang macam ni pun kira fun sudah
02:48Daripada busana tradisional dan saljak hingga tarian beramai-ramai
02:52lorong Merdeka menjadi ruang untuk warga Sandakan
02:55merayakan Hari Malaysia dengan cara mereka sendiri
02:59dan bagi komuniti yang memilih nama siring-siring
03:02berada di pinggir tidak bermakna seni, budaya dan identiti mereka
03:08harus kekal di pinggir
03:10selamat menikmati
03:11Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended