00:00Bekas Ahli Parlimen Kelang Charles Santiago berkata,
00:04Belanjawan 2027 perlu menangani isu gaji rendah
00:08serta memastikan rakyat menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.
00:13Dalam hantaran DX, beliau memetik kajian Khazanah Research Institute dan berkata,
00:1970% rakyat Malaysia tidak merasai kesan pertumbuhan ekonomi.
00:23Menurutnya, data Jabatan Perangkaan pula menunjukkan
00:26dua daripada tiga penerima upah bekerja dalam pekerjaan separa mahir
00:31atau berkemahiran rendah dengan gaji median masing-masing RM2,223 dan RM1,758.
00:40Santiago berkata, walaupun keluaran dalam negara khasar atau KDNK,
00:45pendapatan negara khasar dan pelaburan langsung asing meningkat,
00:48rakyat tidak akan menikmati kemakmuran jika pertumbuhan gaji gagal mengimbangi kos sehari hidup.
00:55Justeru, beliau menggesa kerajaan memperkenalkan strategi gaji yang lebih menyeluruh,
01:00memperkukuh perlindungan sosial serta menangani kos sehari hidup,
01:04bukan sekadar melalui bantuan tunai sekali beri atau pengumuman sekali sahaja.
01:10Terdahulu, Menteri Komunikasi merangkap jurucakap kerajaan,
01:14Fahmi Fazil berkata, belanjawan 2027 akan mengutamakan langkah
01:19untuk mengurangkan tekanan akibat peningkatan kos sehari hidup
01:22sambil menegaskan penyediaan belanjawan itu akan mengambil kira pelbagai faktor
01:28termasuk harga minyak mentah dunia.
Comments