Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Polis mendedahkan, perasaan dendam susulam cinta ditolak dipercayai menjadi motif pembunuhan pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal pada 3 Oktober lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bagi kita beralih ke laporan tempatan lain, perasaan dendam susulan cinta ditolak dipercayai menjadi motif pembunuhan pelajar tingkatan 4,
00:10Irene Sofia Muhammad Khairul Faisal pada 3 Oktober lalu.
00:14Ketua Polis Johor, Dato' Abdul Rahman Arsad berkata suspek yang juga rakan sekelas mangsa tidak puas hati apabila mangsa dipercayai
00:22menjalinkan hubungan dengan kawan baiknya sendiri.
00:27Abdul Rahman berkata berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai dipukul beberapa kali termasuk di bahagian kepala menggunakan sebatang besi berbentuk petak yang
00:36dibaluti tali leher bagi memudahkan pegangan.
00:40Siasatan turut mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dan sospek selalu menemukan kesan kecederaan mempertahankan diri di tubuh mangsa.
00:48Berdasarkan siasatan terkini, pihak polis percaya motif pembunuhan adalah akibat dari perasaan dendam suspek terhadap mangsa atau si mati kerana
01:05menolak cinta.
01:08Walaubagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dalam siasatan yang masih lagi kita jalankan.
01:20Berdasarkan laporan posmortem, kita percaya pukulan ke bahagian kepala.
01:27Tetapi ada juga kesan-kesan pukulan di bahagian tangan dan juga beberapa tumbuh si mati.
01:34Ini akan diperincikan sekiranya kes dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.
01:41Dato' did you find any result of the worker yang di-suspek?
01:45Masih dalam siasatan.
01:46Menurut Abdul Rahman, suspek tidak mempunyai rekod masalah disiplin di sekolah.
01:50Sebelum ini, manakala isu berkaitan tahap kesihatan mental suspek akan diserahkan kepada budi bicara mahkamah
01:57sekiranya perlu dirujuk kepada pakar psikoteri jika telah dituduh.
02:01Pada Sabtu lalu, Irene Sofia ditemukan meninggal dunia dipercaya dibunuh dalam Dewan di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Dato' Seth Yongping.
02:11Kejadian itu membawa kepada tangkapan tiga remaja lelaki dengan salah seorang daripadanya di reman
02:16bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Recommended