00:00Singapura akan mengaktifkan skim klinik kesiapsiagaan kesihatan awam PHPC dan skim subsidi jerubu HSS bermula 12 Oktober.
00:13Langkah itu bagi membantu penduduknya mendapatkan rawatan perubatan berkaitan jerubu.
00:23Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan klinik yang mengambil bahagian serta semua poli klinik akan menyediakan rawatan pada kadar berpatutan bagi masalah
00:32kesihatan berkaitan jerubu kepada kanak-kanak, warga emas dan rakyat Singapura berpendapatan rendah hingga sederhana sebaik sahaja kedua-dua skim
00:40itu diaktifkan.
00:41Menerusi satu kenyataan pada Ahad, Kementerian itu memaklumkan semua warga negara Singapura layak menerima manfaat HSS di poli klinik.
00:49Masalah kesihatan yang diliputi skim itu termasuk renitis alergi, asma, bronchitis, conjunctivitis, penyakit pulmonary obstructive chronic COPD, jangkitan saluran penafasan
01:02serta komplikasi berkaitan.
01:04Kementerian itu memaklumkan pemegang kad bantuan awam akan menerima subsidi penuh bagi rawatan berkenaan, manakala warga emas daripada generasi perintis
01:13dan generasi merdeka hanya perlu membayar tidak lebih daripada $5 Singapura.
01:18Menurut Kementerian itu, warga negara Singapura lain yang layak pula dikenakan bayaran tidak lebih daripada $10 Singapura.
01:25Sementara itu, kualiti udara di seluruh Singapura kekal pada tahap tidak sihat pada Ahad dengan indeks PRN pencuma PSI 24
01:33jam mencatatkan bacaan antara 115 hingga 151.