00:00Ini pula berita berkaitan dengan TH kembali beroperasi di mana sistem dan perkhidmatan lembaga tabung haji kembali beroperasi selepas dihentikan
00:10sementara susuran serangan saiber pada 8 Oktober lepas dengan simpanan pendeposit dijamin selamat.
00:18TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan peraktifan semula sistem dan perkhidmatan utama berkenaan dilaksanakan selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan
00:29serta langkah pemulihan sistem dijalankan.
00:32Menurut kenyataan itu, cawangan TH di Kedah, Terengganu dan Kelantan telah kembali beroperasi mulai semalam manakala semua cawangan di negeri
00:41lain dibuka seperti biasa hari ini selain perkhidmatan melalui bank rakan strategiknya turut kembali aktif.
00:48TH memberikan jaminan bahawa simpanan pendeposit adalah selamat, mantauan rapi serta pengukuhan keselamatan akan diteruskan bagi memastikan sistem dan perkhidmatan
00:59yang diaktifkan semula beroperasi dengan selamat dan lancar.
01:02TH memaklumkan pasukan dalamannya bekerjasama dengan pakar luar serta pihak berkuasa keselamatan saiber negara untuk menyiasat kejadian, menanggani ancaman dan
01:12memulihkan sistem.
01:12Menyifatkan serangan terbabit sebagai perbuatan jenayah terhadap TH dan negara untuk menjejaskan perkhidmatannya, agensi tersebut telah membuat laporan polis serta
01:22melaporkan perkara berkenaan kepada Agensi Keselamatan Cyber Negara atau NAKSA dan Jabatan Perlindungan Data Pribadi atau GPDP.