Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sebanyak 25 lorong tidak rasmi dikenal pasti di Perlis setakat September lalu, mendorong Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh operasi bersepadu bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan penguatkuasaan turut menyasarkan tekong, pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan yang menyokong kegiatan penyeludupan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 25 lorong tidak rasmi atau lorong tikus dikenalpasti di Perlis takat September lalu, mendorong kerajaan memperkukuh operasi bersepadu bagi
00:08membantras jenayah rentas sempadan.
00:12Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Samsel Anwar Nasarah berkata, kerajaan membangunkan sistem kawalan sempadan negara yang menggunakan kecerdasan buatan,
00:20analitik data dan perkongsian maklumat maksa nyata bagi mengesan pergerakan mencurigakan.
00:28Ia akan menghubungkan maklumat secara terus antara agensi pengkuasaan bagi membolehkan analisis pola pergerakan mencurigakan dan tindak balas pantas dibuat
00:40di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.
00:44Selain itu, khususnya di Perlis, pengawasan video pintar, drone, sensor haba dan bilik kawalan operasi di Perlis.
00:54Di Perlis dan juga sepanjang Malaysia Thailand, pelbagai inisiatif pengawasan teknologi telah dan sedang dilaksana.
01:01Antaranya, BSS, ini pengoperasian bilik kawalan CCTV dan BSS di ICQS Pada Besar.
01:10Perlis, merangkumi 40 unit kamera dan 264 unit lampu limpah melibatkan 27 zon pengawasan sepanjang 5.3km.
01:22Selain itu, perolehan 8 drone jenis pelepasan dan pendaratan menegak VTOL bernilai RM26 juta sedang dilaksanakan.
01:31Manakala 5 unit sistem risikan bergerak bernilai RM7 juta berada pada peringkat akhir pembekalan.
01:38Kerajaan turut memperoleh 40 drone pelbagai jenis bernilai kira-kira RM5.2 juta serta membangunkan jeti dan menara tinjau di
01:49pus batu putih Perlis bernilai RM20 juta.

Recommended