Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Anthony Loke berkata, pengagihan awal akan melibatkan kumpulan pertama penerima yang bakal dijemput hadir ke Kementerian Pengangkutan bagi menerima baucar bantuan berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa
00:07serta 15,000 pemandu bas sekolah akan mula diagihkan secara berperingkat pada Rabu ini.
00:13Menteri Pengangkutan Antoni Luk berkata, pengagihan awal akan melibatkan kumpulan pertama penerima
00:17yang bakal dijemput hadir ke Kementerian Pengangkutan bagi menerima baucar bantuan berkenaan.
00:24Ada yang bertanya mengapa bantuan ini dapat diberikan
00:27walaupun bajet hanya dibentangkan, belum diluluskan.
00:31Saya nak memberikan penjelasan bahawa apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu
00:36hasilnya sudah masuk untuk tahun ini
00:39iaitu penjualan nombor siri ataupun NPI, nombor pendaftaran istimewa H.
00:46Jadi H itu telah pun menjana RM91,000.000.000.
00:50Jadi itu kita kembalikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan juga bas sekolah.
00:55Jadi itu sebabnya bayaran ini memang kita komited untuk berikan
01:01dalam tempoh terdekat supaya kepada pemandu-pemandu yang beragama Hindu
01:08mereka boleh mendapat bantuan itu sebelum dipawali.
01:11Tambah beliau, pengagihan bantuan berkenaan akan diteruskan kepada kumpulan penerima lain
01:17secara berperingkat selepas penyerahan awal pada Rabu.
01:21Inisiatif itu merupakan antara langkah kerajaan membantu golongan pengusaha
01:26dan pemandu pengangkutan awam darat, khususnya dalam mengurangkan beban kos sejarah hidup rakyat.

Recommended