00:00Sahabat Alam Malaysia SEM mendesak kerajaan Indonesia supaya mendedahkan senarai syarikat yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan dan tanah di Indonesia
00:10yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.
00:12Ini bagi membolehkan orang ramai mengambil tindakan.
00:17Presidenya Mina Rahman berkata, langkah itu penting bagi membolehkan orang ramai mengambil tindakan termasuk memboikot produk syarikat berkenaan.
00:28Biarlah orang ramai dapat tahu supaya kami sendiri boleh ambil tindakan tegas misalnya boycott produk mereka ke, protes di depan
00:39syarikat ke sebab kita tak tahan lagi.
00:42Ini bukan suatu kejadian baru. Tiap-tiap tahun berlaku, berapa lama kita diminta untuk diam diri.
00:55Beliau turut mempersoalkan mengapa nama syarikat berkenaan masih belum didedahkan sambil menyifatkan keadaan itu menimbulkan persepsi bahawa terdapat pihak yang
01:09melindungi kepentingan syarikat.
01:11Baru-baru ini, Kedutaan Besar Republik Indonesia KBRI di Kuala Lumpur memaklumkan,
01:18Indonesia mengenalpasti 168 suspek individu dalam siasatan kes kebakaran hutan dan tanah selain memproses 97 laporan polis.
01:28melibatkan syarikat sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi menangani kebakaran yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia.
01:39KBRI Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Polis Republik Indonesia mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu,
01:49manakala Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di 8 wilayah.
01:59Terima kasih kerana menonton!