00:00Seorang penuntut universiti rugi lebih RM32,000 selepas diperdaya sindiket penipuan menyama sebagai pegawai polis yang mendakwa mangsa terbabit dalam
00:09kes pengubahan wang haram.
00:11Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong DSP Azmi Mahmud berkata, mangsa lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan menyerahkan wang tunai dan
00:19barang kemas yang dianggarkan bernilai lebih RM32,000 kepada seorang wanita di kawasan berhampiran sebuah pasaraya di Karak, Bentong.
00:31Dalam kenyataan pada Isnin, beliau berkata pada 7 Oktober lepas, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memperkenalkan diri
00:40sebagai pegawai polis dan mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
00:46Tambah beliau, suspek mengugut mangsa akan ditangkap sekiranya tidak mematuhi arahan diberikan.
00:52Ia menyebabkan mangsa ketakutan sebelum diperdaya mengambil wang tunai dan barang kemas milik ibu bapanya konon untuk menyelesaikan kes berkenaan.
01:03Azmi berkata mangsa dipercayai menyerahkannya kepada seorang wanita yang memakai pelitup muka selain diarahkan merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli
01:13keluarga dan pihak lain.
01:14Azmi berkata pihaknya telah melakukan operasi dan menahan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun, kira-kira 6, 20 minit petang,
01:24Sabtu lepas, berhampiran pasaraya berkenaan.
01:29Katanya lagi, siasatan mendapati wanita itu dipercayai ditawarkan pekerjaan oleh sindiket penipuan dengan mendakwa dirinya dilantik sebagai anggota unit tindak
01:38khas polis.
01:40Suspek dipercayai diarah mengambil wang tunai dan barang kemas daripada mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak ketiga yang diatur oleh sindiket
01:49berkenaan.
01:51Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti peranan sebenar suspek serta mengesan individu lain yang dipercayai terbabit.
01:59Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana menipu.