Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan KKM akan mengesyorkan penyerapan pegawai pergigian dan farmasi kontrak ke jawatan tetap bagi pertimbangan kerajaan. Pada masa sama, KKM turut memohon peruntukan RM100 juta bagi memperkukuh pengurusan penyakit tidak berjangkit di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyerapan pegawai pergigian dan farmasi berstatus kontrak kejawatan tetap bagi pertimbangan Kementerian Kewangan dan Jemaah Menteri.
00:11Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad, cadangan itu akan dilaksanakan menggunakan pendekatan yang sama seperti penyelesaian isu doktor perubatan
00:19kontrak sebelum ini.
00:22Beliau berkata langkah tersebut merupakan fasa seterusnya selepas pengumuman pelantikan tetap doktor perubatan.
00:28Menurut Zulkifli, pelantikan tetap bagi pegawai pergigian dan farmasi akan menggunakan kuota baru yang berasingan daripada 9,000 jawatan tetap
00:37doktor perubatan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.
00:41Beliau berkata KKM memahami kebimbangan yang dibangkitkan oleh pegawai pergigian kontrak termasuk isu kontrak yang tamat tanpa pembaharuan.
00:49Sebelum ini, Persatuan Dokter Pergigian Malaysia MDA menggesa kerajaan mempertimbangkan pelantikan tetap bagi pegawai pergigian kontrak susulan pengumuman berkaitan doktor
00:59perubatan.
01:01Zulkifli menegaskan kementerian akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan dan pengalaman kerja golongan berkenaan dalam sistem kesehatan awam negara.
01:09Terima kasih.

Recommended