• 5 weeks ago
Pegawai kanan IRGC memberi amaran bahawa kapal perang Amerika Syarikat boleh menjadi sasaran sekiranya menghampiri Selat Hormuz.
Transcript
00:00Seorang pegawai kanan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran, IRGC mengeluarkan amaran bahawa kapal perang AS boleh menjadi sasaran jika menghampiri
00:10Selat Hormuz.
00:11Komanda Tentera Laut IRGC, Laksmana Madhya Ali Azmi berkata, pasukannya sedang memantau pergerakan kapal perang AS yang menghampiri laluan strategik
00:20tersebut.
00:23Beliau mendakwa kapal perang AS tidak berani menghampiri Selat Hormuz kerana menyedari risiko dan keupayaan pertahanan yang dimiliki Iran.
00:31Ali Azmi turut mendakwa sebuah kapal Indo-Amerika Syarikat telah bergerak menjauhi Selat Hormuz sehingga kira-kira 700km dari kawasan
00:39berkenaan.
00:40Menurutnya, Iran mempunyai kawalan ke atas pergerakan kapal di Selat Hormuz dan Teluk Parsi melalui Tentera Laut IRGC.
00:47Beliau berkata pasukan tentera laut biasa Iran pula bertanggungjawab mengawal kawasan Teluk Oman.
00:53Dakwanya, Iran kini lebih bersedia berbanding pada peringkat awal konflik dan mampu mengawal laluan perairan strategik tersebut.
01:01Ketegangan di Selat Hormuz terus meningkat susulan pertikaian berterusan antara Iran dan AS berhubung kebebasan pelayaran di laluan perdagangan tenaga
01:09paling penting dunia itu.

Recommended