00:00Kerajaan mengarahkan semua anggota perkhidmatan awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi yang berpangkalan di Israel, WIS, secara serta merta.
00:11Arahan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara KSN, Tan Sri Samsul Azri Abu Bakar, menerusi surat rasmi bertarikh 20 Oktober 2026
00:19kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan serta pihak berkuasa berkaitan.
00:30Menurut Syamsul Azri, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Keselamatan Cyber Negara, Bilangan 3, Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana
00:40Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada selasa.
00:43Katanya, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan diarahkan memastikan arahan itu dimaklumkan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing
00:52termasuk agensi dan jabatan berkaitan untuk dilaksanakan serta merta.
00:57Ucah berliau, kesemua penjawat awam perlu memberi kerjasama dan perhatian serius bagi memastikan keputusan berkenaan dipatuhi sepenuhnya di peringkat kementerian,
01:08jabatan dan agensi masing-masing.
01:11Waze ialah aplikasi navigasi berasaskan GPS yang dibangunkan oleh syarikat teknologi dari Israel pada 2009.
01:18Aplikasi itu menyediakan panduan perjalanan, maklumat kesesakan trafik serta anggaran masa tiba ke destinasi berdasarkan keadaan jalan raya.
01:28Ia turut menggunakan pendekatan merasaskan komuniti apabila pengguna boleh berkongsi maklumat mengenai kemalangan, penutupan jalan dan halangan trafik bagi membantu
01:38pengguna lain merancang perjalanan.
01:40Dari sudut keselamatan saiber, pengguna Waze melibatkan pemprosesan maklumat tertentu seperti lokasi GPS, laluan perjalanan dan maklumat peranti bagi membolehkan
01:51fungsi navigasi serta maklumat trafik disediakan.
01:55Data lokasi dan corak perjalanan berpotensi meledahkan pergerakan pengguna sekaligus menimbulkan persoalan berkaitan privacy dan pelindungan maklumat khususnya bagi individu
02:05yang mengendalikan urusan sensitif.