00:00Seramai 1,200 penduduk Palestine dipaksa meninggalkan kediaman mereka di Hebron,
00:06susulan operasi ketenteraan berskala besar yang dilancarkan Israel di Tebing Barat.
00:10Operasi itu menyusul selepas dua anggota tentera Israel terbunuh dalam satu serangan berhampiran bandar berkenaan.
00:19Penduduk yang dipindahkan kini berlindung di rumah saudara Mara,
00:23manakala sebahagian penduduk bertungkus selumus menguasongkan gudang dan kilang jubin yang diarahkan untuk dirobohkan.
00:30Di beberapa lokasi lain, penduduk berusaha menyelamatkan barangan dari gudang dan kilang jubin yang diarahkan untuk dirobohkan.
00:37Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum ini mengumumkan operasi berskala besar
00:42selepas dua anggota tenteranya terbunuh dalam serangan di satu sekatan tentera berhampiran Hebron.
00:48Tentera Israel maklumkan kedua-dua penyerang Palestine yang terlibat telah ditembak mati.
00:54Sementara itu, Ketua Perbandaran Hebron Yusuf Zuhar Al-Jabari mendakwa
00:58kira-kira 1,300 lagi penduduk berdepan risiko kehilangan tempat tinggal.
01:04Beliau turut mendakwa beberapa kedai, kilang, rumah dan jalan raya telah dirobohkan sepanjang operasi itu berlangsung.