Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Beijing menafikan dakwaan India bahawa ia menjadi punca gangguan keamanan di kawasan sempadan yang dipertikaikan, susulan laporan mengenai konfrontasi tentera kedua-dua negara di Arunachal Pradesh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00China pada Isnin menolak tuduhan India yang mendakwa Beijing bertanggungjawab mencetuskan ketegangan di kawasan sempadan yang menjadi petikaian antara kedua
00:09-dua negara.
00:10Pendirian itu disuarakan susulan laporan pihak berkuasa India pada Khamis mengenai konfrontasi antara tentera kedua-dua negara di beberapa lokasi
00:19sepanjang sempadan Arunachal Pradesh.
00:23Juru cakap Kementerian Luar China Guo Jiakun menegaskan bahawa Beijing sentiasa mematuhi perjanjian, persefahaman serta konsensus yang dicapai bersama India.
00:59Juru cakap Kementerian Luar China
01:02Kementerian Luar India, Radha Jaiswal mendakwa ketegangan di sempadan kedua-dua negara berlaku apabila tentera China tidak mengikut corak rondaan
01:10yang telah ditetapkan.
01:12Perkembangan itu sekaligus mencerminkan hubungan China dan India yang masih rapuh di kawasan sempadan.
01:18Ketika kedua-dua negara terus memperkukuh infrastruktur ketenteraan masing-masing meskipun usaha menstabilkan keadaan masih diteruskan.

Recommended