00:00Pertuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengecam pembunuhan seorang jurawat yang terlibat dalam usaha menangani wabak Ebola di Republik Demokratik Kongo.
00:08PBB memberi amaran keganasan dan ketidakpercayaan masyarakat terhadap petugas kesihatan semakin menjejaskan usaha membendung penularan wabak berkenaan.
00:19Menurut penyelaras kanan Ebola PBB, Julian Harnies, pembunuhan jururawat itu di Bafuasendi, wilayah Shopo pada Ahad, bukan sahaja kehilangan besar
00:28kepada usaha menangani Ebola, malah turut memberi kesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan.
00:34Jurucakap bersekutu PBB, Daniela Gross D'Ameda, memaklumkan jururawat berkenaan dilaporkan diserang oleh sekumpulan penunjuk perasaan, manakala seorang pengetua sekolah
00:44yang turut terlibat dalam usaha menangani wabak itu cedera parah.
00:48Dalam kejadian berasingan, sebuah pusat kesihatan di Kisanggani turut dijarah, manakala seorang petugas kesihatan dilaporkan diserang dan ditahan secara paksa
00:57sebelum dibebaskan.
00:59Susulan serangan itu, beberapa petugas kesihatan di Bafuasendi terpaksa berlindung di hospital besar dengan kawalan polis kerana bimbang akan keselamatan
01:07mereka sekiranya pulang ke rumah.
01:09Kongo kini berdepan wabak Ebola terbesar di negara itu dengan pihak berkuasa kesihatan melaporkan sebanyak 9,964 kes disahkan sejak
01:18Mei lalu.
01:19Terima kasih telah menonton!