Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan menafikan syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan dan tanah di Indonesia.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati kebakaran yang dikesan berlaku di luar kawasan ladang milik syarikat Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan menafikan syarikat peladangan Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan dan tanah di Indonesia.
00:07Menteri Peladangan dan Komediti Datuk Seri Nuraini Ahmad berkata, Pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, mendapati kebakaran yang dikesan berlaku
00:16di luar kawasan ladang milik syarikat Malaysia.
00:20Menurut Nuraini, kebakaran berkenaan dipercayai merebak dari kawasan lain sebelum memasuki kawasan ladang, sesulian keadaan cuaca panas yang menyebabkan api
00:31mudah merebak.
00:32Pemantauan turut mendapati kebakaran dapat dipadamkan dengan segera, selain syarikat peladangan Malaysia tertakluk kepada pihawaian kelestarian yang melarang pembakaran terbuka.
00:43Sebab melalui laporan yang kami terima oleh MPOB, setakat ini dia tidak bermula di ladang tersebut, dia bermula dekat tempat
00:55lain tapi apabila disebabkan cuaca terlampau panas, dia bergerak tapi dia dapat dipadamkan dengan segera.
01:03Bukan kesalahan
01:05Sebab semua syarikat peladangan, dia tertakluk kepada RSPO, Roundtable Sustainable Pump All, di mana open burning is not allowed at
01:20all.
01:20Memang tak ada open burning, memang MSPO pun sama dan pemantauan itu sering dilaksanakan oleh MPOB lah.
01:32Pada isnen NGO Alam Sekitar Indonesia Wahana Lingkungan Hidup Indonesia atau WALHI mendakwa 21 syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan
01:42perniagaan Malaysia terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah di Indonesia bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
01:50WALHI mendakwa lebih 30,000 titik panas direkodkan di seluruh Indonesia dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini, hampir separuh
01:59daripadanya pula berada dalam kawasan konsesi operasi syarikat peladangan kelapa sawit dan perhutanan.

Recommended