Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Jerebu rentas sempadan menjejaskan operasi 69 peratus tapak industri yang menyertai tinjauan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), dengan gangguan terhadap tenaga kerja, pengeluaran dan penghantaran antara kesan utama yang dilaporkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jerebu rentas sempadan menjejaskan operasi 69% tapak industri yang menyertai tinjauan Persekutuan Penghilangan Malaysia FMM dengan gangguan terhadap tenaga
00:10kerja, pengeluaran dan juga penghantaran antara kesan utama yang dilaporkan.
00:15Tinjauan FMM terhadap 86 tapak antara 12 hingga 21 Oktober lalu mendapati 26% responden berdepan dengan gangguan operasi pada
00:25tahap sederhana atau ketara manakala 65% terjejas sejak Ogos atau September lalu.
00:34Presiden FMM Jacob Lee Cokok berkata, jerebu rentas sempadan adalah cabaran serantau berulang yang memerlukan tindakan lebih tegas dan penyelarasan
00:42yang lebih menyeluruh antara negara.
00:44Katanya dari tahun ke tahun Malaysia dan negara jiran terus mengalami kesan jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kesihatan manusia, kesejahteraan
00:52pekerja, produktiviti industri dan aktiviti ekonomi.
00:56Cokok berkata, bagi sektor pembuatan, penedahan berpanjangan kepada jerebu boleh menyebabkan pekerja jatuh sakit, peningkatan ketidakhadiran, gangguan pengeluaran dan penghantaran
01:05serta perbelanjaan tambahan bagi langkah perlindungan dan penjagaan kesihatan.
01:10Menurut laporan kajian yang dilaksanakan FMM, kesan terhadap operasi kebanyakannya berpunca daripada gangguan tenaga kerja dengan 59 tapak yang dilaporkan
01:19terjejas.
01:19Ia menyaksikan sebanyak 81% mencatatkan peningkatan cuti sakit, manakala 63% menyatakan penutupan sekolah menjejaskan ketersediaan pekerja.
01:30Kekurangan tenaga kerja turut mengganggu operasi shift, pengeluaran atau penghantaran di 14% tapak yang terjejas.
01:37Selain itu, 37% melaporkan pengeluaran lebih rendah, sementara 27% terpaksa menghentikan sekurang-kurangnya satu operasi untuk tempoh tertentu.
01:47Daripada tapak yang mengalami pengurangan pengeluaran, 23% menjangkakan dapat menggantikan sepenuhnya kehilangan pengeluaran dalam tempoh 4 minggu, manakala 21
01:56% menjangkakan kehilangan itu tidak dapat dipulihkan.

Recommended