Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Ibu bapa digesa tidak membenarkan anak berusia bawah 16 tahun menggunakan aplikasi WhatsApp bagi mengurangkan risiko terdedah kepada buli siber dan penyebaran kandungan tidak sesuai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, ibu bapa digesa tidak membenarkan anak berusia bawah 16 tahun menggunakan aplikasi WhatsApp bagi mengurangkan risiko terdedah kepada
00:10buli cyber dan penyebaran kandungan yang tidak sesuai.
00:13Menteri Komunikasi Dato' Sri Fahmi Fadil berkata, walaupun WhatsApp boleh digunakan untuk memudahkan komunikasi antara ahli keluarga, platform itu berpotensi
00:22menjadi ruang berlakunya buli cyber dan penyebaran pelbagai kandungan yang boleh memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak.
00:32Dan dalam mesej yang saya sampaikan, saya maklumkan mengenai beberapa usaha kebenaran komunikasi, termasuk selain daripada menghadkan pembukaan akaun media
00:42sosial kepada yang berusia 16 tahun ke atas.
00:45Jadi bawah umur 16 tahun tak dibenarkan untuk membuka akaun media sosial.
00:50Saya juga memaklumkan tentang satu inisiatif yang akan dilaksana insyaAllah oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk menghadkan autoplay ataupun mengelakkan
01:03doom scrolling daripada berlaku dengan menghadkan autoplay kepada satu jam secara default.
01:11dan terpulang kepada ibu bapa atau pemilik akaun nanti untuk setkan masa yang bersesuaian.
01:17Tapi bila kita download secara default, secara diletakkan sebagai perkara asas, secara otomatik satu jam, tapi boleh diubah kemudian.
01:28Itu kerama untuk ibu bapa tentukan.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended