Skip to playerSkip to main content
Seramai 329,414 guru telah menerima latihan mengikut bidang masing-masing atau secara menyeluruh, dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang ditekankan agar dilaksanakan secara selamat & beretika, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Memandangkan dalam persiapan kita, memastikan bahawa tiada anak-anak kita yang tertinggi dan tertinggal,
00:08pastilah persiapan guru itu harus diberikan tumpuan.
00:11Seperti yang saya sebut tadi, ketika ini, melalui pelbagai medium guru-guru kita ini didedahkan dengan AI,
00:17baik guru-guru STEM kita dan juga guru-guru dalam bidang ataupun option yang lain,
00:22setakat ini 329,414 orang guru telah pun menerima latihan, sama ada secara spesifiknya di bawah domain masing-masing
00:32ataupun secara keseluruhannya.
00:35Jadi, pendedahan kepada latihan AI ini akan dilaksanakan secara berterusan yang berhormat sehinggalah selesai kepada semua guru.
00:51Jadi, insyaAllah sedikit masa lagi, semua guru ini akan selesai dan kita juga mendapat sokongan penuh daripada pelbagai platform
00:59untuk memastikan bahawa guru-guru kita ini benar-benar dilatih.
01:02Tetapi, suka untuk saya ingatkan Tuan dan Pertua dan lakarakan alian berhormat bahawa latihan platform kita ini
01:09mesti dipastikan bahawa ia adalah yang dikawal.
01:13Jadi, sebab itu platform yang kita gunakan adalah Delima 3.0 yang digunakan sepenuhnya oleh para guru
01:21dan juga para pelajar kita untuk memastikan ia adalah platform yang dikawal dan dari segi etika itu dapat kita pastikan.
01:29Terima kasih.
01:29Terima kasih.

Recommended