00:00Integrasi literasi kecerdasan buatan AI dalam silibu sekolah serta status penggubalan rang undang-undang RUU takbir urus AI
00:07antara perkara yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:12Menerusi aturan mesyuarat, Ahli Parlimen Merbuk Muhammad Nazri Abu Hassan meminta Menteri Pendidikan
00:17menjelaskan perancangan kementerian untuk mengintegrasikan literasi AI dalam silibu sekolah menerusi panduan literasi AI.
00:28Persoalan itu turut merangkumi latihan guru, penyediaan kemudahan digital dan pembangunan bakat muda
00:33bagi memastikan murid bersedia menghadapi cabaran teknologi serta keperluan pekerjaan masa hadapan.
00:39Sementara itu, Ahli Parlimen Baganserai Idris Ahmad meminta Menteri Digital menyatakan status penggubalan RUU takbir urus AI
00:46serta jangkaan tarikh ia dibentangkan di Dewan Rakyat.
00:50Beliau turut membangkitkan pelindungan undang-undang sedia ada bagi rakyat yang menjadi mangsa penipuan,
00:55pemasuan identiti, manipulasi kandungan atau penyalahgunaan teknologi AI.
01:00Dalam pada itu, Ahli Parlimen Beloran Ronald Kiandi meminta Menteri Luar Negeri menjelaskan maklumat penyertaan Malaysia
01:06sebagai negara rakan BRICS termasuk nilai tambah kerjasama itu berbanding hubungan dua hala
01:11dan perjanjian perdagangan sedia ada dengan negara anggota.
01:14Beliau turut meminta penjelasan mengenai pasaran dan sektor yang diberi keutamaan bagi memperluas perdagangan Malaysia menerusi kerangka BRICS.
01:22Selain itu, Ahli Parlimen Sri Aman Dori Sofia Brody meminta Menteri Luar Negeri menyatakan jumlah rakyat Malaysia
01:28yang ditahan atau didakwa atas kesalahan berkaitan dadah di luar negara sepanjang lima tahun lalu termasuk negara yang mencatatkan kes
01:35tertinggi.
01:36Beliau turut membangkitkan keberkesanan teknologi pengimbasan di lapangan terbang dalam mengesan dadah satu tahap keselamatan semasa.
01:43Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember ini.