Skip to playerSkip to main content
KPM memperluas pendedahan murid kepada AI menerusi pembangunan prasarana, termasuk 27 kelas rintis AI-Powered Classroom, serta pembelajaran dalam talian bagi menyokong latihan guru dan akses pendidikan, khususnya di luar bandar.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita melihat bahawa setiap tahun dalam aspek menyiapkan dari segi prasarana terkait dengan digital ini,
00:11antara tumpuan kita pada tahun ini adalah untuk memastikan beberapa pendekatan penting
00:17selain daripada mendedahkan anak-anak kepada teknologi dan digital ini, persiapan itu sangat penting.
00:23Jadi persiapan konektiviti dengan izin Dato' Speaker, persiapan kelas ketika ini kita sudah pun mempunyai 27 kelas rintis
00:33AI Powered Classroom dengan izin Dato' Speaker, kita juga melihat bahawa bagi anak-anak yang berada di luar pedalaman
00:44ataupun di luar bandar yang barangkali berhadapan dengan sedikit cabaran terkait dengan digital ini,
00:49maka kita telah perkenalkan dan membangunkan satu aspek pembelajaran offline
00:57yang membolehkan guru-guru ini dilatih, menggunakan sepenuhnya tanpa dengan gangguan daripada isu yang terkait dengan internet ini.
01:08Jadi persiapan kita itu yang berhormat untuk memastikan bahawa jurang itu dapat kita rapatkan
01:14dan untuk memastikan bahawa anak-anak kita ini terus diberikan perhatian khususnya selaras dengan apa yang kita hasratkan
01:20berdasarkan dasar aplikasi digital dan juga melihat bahawa guru-guru ini bersedia untuk melatih anak-anak kita
01:27dalam semua keadaan sekalipun. Jadi bukan sahaja cabaran-cabaran internet itu, cabaran prasarana juga,
01:33tapi usaha itu kita teruskan untuk memastikan bahawa tiada anak-anak kita yang ketinggalan.
01:39Terima kasih Dato'.
01:40Terima kasih.

Recommended