00:00Namun apa hak JMB dalam konteks ini?
00:03Ya, hak JMB dalam konteks ini adalah dia boleh mendapatkan wang tersebut dengan cara dan saluran undang-undang.
00:11Namun apa yang boleh dilakukan sebelum perkara ini dibuat ataupun sejurus selepas berlakunya tunggakan tersebut, beberapa perkara telah diberikan oleh
00:20undang-undang.
00:21Yang pertamanya, JMB boleh menyahaktifkan peranti elektronik milik pemilik pasar.
00:28Ini memang khusus diberikan kepada JMB.
00:31Dan yang keduanya, selain daripada menyahaktifkan peranti ini, JMB juga boleh meletakkan kesukaran dengan cara meminta pemilik-pemilik ini untuk
00:41merekodkan kemasukan dan keluar-keluar masuknya.
00:44Setiap kali.
00:45Setiap kali, ya benar. Setiap kali.
00:47Maknanya dia tak boleh menghalang kemasukan.
00:50Tapi dia boleh, contohnya, kena letak kehadiran di pondok guard dan sebagainya.
00:56Dan yang ketiganya dan yang paling menarik sekali sebenarnya, undang-undang juga menyatakan bahawa usage of common facilities, maksudnya gym,
01:08contohnya swimming pool dan sebagainya boleh dihalang daripada digunakan oleh pemilik-pemilik ini.
01:13Dan memandangkan petak-petak parking untuk pemilik-pemilik ini adalah berada dalam kawasan common facilities, maka undang-undang juga katakan
01:24bahawa JMB boleh menahan pemilik-pemilik daripada menggunakan petak-petak ini.
01:29Walaupun ianya merupakan sebahagian daripada pemilikan ke atas pasal.
01:35Jadi, perkara-perkara ini adalah perkara yang boleh dilakukan oleh JMB.
01:39Namun, ianya tidak pula memberi izin atau kebenaran kepada JMB untuk menghalang kemasukan pemilik ke dalam unit masing-masing.
01:48Mereka masih berhak untuk masuk tertakluk kepada apa yang telah diberikan oleh undang-undang dan boleh digunakan oleh JMB.