Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Pendidikan memperkukuh kesalinghubungan digital sekolah menerusi 27 kelas rintis AI Powered Classroom serta memperkenalkan pembelajaran luar talian bagi mengatasi masalah internet di kawasan luar bandar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam pada itu, sebanyak 27 kelas rintis AI Power Classroom kini beroperasi sebagai sebahagian persediaan memperkukuh pendidikan digital dan literasi
00:09kecerdasan buatan di sekolah.
00:11Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq berkata, antara fokus utama kementerian pada tahun ini ialah memastikan aspek kesaling hubungan atau connectivity terus
00:19dipertingkatkan di sekolah seluruh negara.
00:25Ketika ini kita sudah pun mempunyai 27 kelas rintis AI Power Classroom dengan izin Dr. Spika, kita juga melihat bahawa
00:34bagi anak-anak yang berada di luar pedalaman ataupun di luar bandar yang barangkali berhadapan dengan sedikit cabaran terkait dengan
00:43digital ini,
00:44maka kita telah perkenalkan dan membangunkan satu aspek pembelajaran offline yang membolehkan guru-guru ini dilatih menggunakan sepenuhnya tanpa dengan
01:00gangguan daripada isu yang terkait dengan internet ini.
01:03Jadi persiapan kita itu yang berhormat untuk memastikan bahawa jurang itu dapat kita rapatkan dan untuk memastikan bahawa anak-anak
01:10kita ini terus diberikan perhatian khususnya selaras dengan apa yang kita hasratkan berdasarkan dasar perikan digital dan juga melihat bahawa
01:19guru-guru ini bersedia untuk melatih anak-anak kita.

Recommended