Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Menurut agensi penarafan MARC Ratings, jumlah pinjaman kumpulan induk Malaysia Airlines itu meningkat kepada RM10.9 bilion pada akhir 2025 berbanding RM8 bilion setahun sebelumnya, sebahagian besarnya kerana peningkatan liabiliti pajakan susulan penambahan pesawat dan enjin.
Transcript
00:01Hutang Malaysia Aviation Group Berhad MAG dijangka kekal tinggi susulan program pembaharuan pesawat yang memerlukan perbelanjaan modal terkumpul sebanyak RM26
00:11bilion sehingga 2030.
00:13Menurut agensi penarafan Mark Ratings, jumlah pinjaman kumpulan Indok Malaysia Airlines itu meningkat kepada RM10.9 bilion pada akhir 2025
00:23berbanding RM8 bilion setahun sebelumnya.
00:26Sebagian besarnya kerana peningkatan liabiliti pajakan susulan penambahan pesawat dan enjin.
00:32Tambahnya program pembaharuan armada itu melibatkan perbelanjaan RM22.3 bilion bagi pembelian pesawat serta bayaran pendahuluan berkaitan penghantaran.
00:43Agensi itu berkata penggunaan pajakan operasi dan pembiayaan penghantaran pesawat dijangka mengurangkan keperluan pembiayaan awal namun akan turut meningkatkan kadar
00:53komitmen kewangan berulang kumpulan tersebut dalam jangka masa panjang.
00:57Mark Ratings berkata kedudukan kewangan MAG masih dibatasi pinjaman berkaitan pajakan yang tinggi serta dana pemegang saham yang didapati negatif
01:07RM2.6 bilion pada akhir 2025 sebahagian besarnya berpunca daripada kerugian terkumpul terdahulu.
01:15Bagaimanapun firma penarafan itu berkata kedudukan kewangan MAG meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini disokong prestasi operasi yang lebih baik
01:24serta keupayaan menjana aliran tunai operasi positif secara berterusan.
01:28Jelasnya MAG mencatatkan aliran tunai operasi sebanyak RM970 juta pada 2025 berbanding RM1.2 bilion pada 2024 didorong oleh peningkatan
01:41bayaran penyelanggaraan pesawat dan kos pemulangan pesawat selepas pajakan tamat.
01:46Mark Ratings sebagaimanapun berkata tekanan terhadap hasil penumpang dan pendapatan siunit masih menjadi cabaran meskipun peningkatan kos siunit membantu mengekalkan
01:57keuntungan kumpulan itu.

Recommended