00:00Indonesia terus berdepan situasi bencana apabila kebakaran hutan dan tanah dilaporkan berlaku di lima wilayah melibatkan kawasan seluas 1,410
00:10hektare.
00:11Pemangku Ketua Pusat Data Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB Bertuan Panjaitan berkata,
00:18Papua Selatan merekodkan kawasan kebakaran terbesar dengan 502 hektare diikuti Sulawesi Tengah, Sulawesi Tenggara, Maluku dan Kalimantan Timur.
00:32BNPB memaklumkan corak kebakaran kini berubah apabila kes tertumpu di wilayah timur Indonesia berbanding sebelum ini yang lebih banyak berlaku
00:42di Sumatera dan Kalimantan.
00:43Bagi mengawal keadaan, sebanyak 58 pesawat termasuk helikopter pengeboman air dan pesawat pemantauan terus dikerahkan dalam operasi pemadaman.
00:55Selain itu, lebih 23,000 kg bahan pembenihan awan turut digunakan di Kalimantan dan Sumatera Selatan bagi membantu usaha mengurangkan
01:04risiko kebakaran.
01:06Bacaan kualiti udara tidak sihat direkodkan di Sendawa, Daerah Kutai Barat serta di tiga stesen pemantauan di Nusantara, Ibu Negara
01:14Baharu Indonesia di Kalimantan Timur.
01:17Terima kasih telah menonton!