00:00Sebanyak 272 serangan peneroka Israel direkodkan di wilayah Palestine yang diduduki sepanjang musim tuayan zaitun dari 1 September hingga 19
00:10Oktober
00:11mengakibatkan 200 rakyat Palestine cedera dan lebih 3,200 pokok zaitun rosak.
00:18Menteri Pertanian Palestine Prof. Dr. Rizky Salimiyah berkata
00:23angka itu mencerminkan kesukaran petani mengakses tanah pertanian, susulan serangan peneroka dan sekatan pergerakan.
00:33Lebih 960 sekatan jalan raya dan halangan pergerakan menyukarkan petani mengusahakan tanah mereka.
00:39Manakala kira-kira 88,000 dunam atau 8,800 hektar tanah memerlukan penyelarasan awal dengan tentera Israel sebelum akses dibenarkan.
00:49Menurutnya, Palestine mempunyai kira-kira 13 juta pokok zaitun meliputi lebih 943,000 dunam atau 94,300 hektar
00:57dengan hampir 100,000 keluarga Palestine bergantung kepada tanaman itu sebagai sumber pendapatan.
01:03Sementara itu, penilaian bersama Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu FAO dan PBB
01:09mendapati hanya kira-kira 3% tanah pertanian di semenanjung Gaza masih boleh diakses dan tidak mengalami kerosakan.
01:17Setakat 24 Jun 2026.
01:20Salimiyah berkata kementeriannya menyalurkan bantuan kecemasan termasuk anak benih zaitun,
01:25benih gandum, tangki air, makanan ternakan serta hidmat veterina kepada petani terjejas.
01:31Bagaimanapun beliau menegaskan pemulihan sektor pertanian Palestine tidak boleh bergantung kepada bantuan semata-mata.
01:37Sebaliknya, memerlukan perlindungan antarabangsa serta jaminan akses selamat dan berterusan kepada tanah pertanian.
01:47Terima kasih kerana menonton!