00:00Thailand memberi jaminan bekalan makanan dan sumber tenaga negara itu mencukupi bagi memenuhi keperluan domestik.
00:07Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Anutin Chan Virakul sambil menggesa rakyat supaya berwaspada dan tidak panik,
00:15susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan gangguan di peringkat serantau serta global.
00:23Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan Thailand, Anutin berkata,
00:29negara itu mempunyai hasil pertanian dan bahan mentah mencukupi bagi menjamin keterjaminan makanan.
00:36Kenyataan beliau menyusuli nasihat dikeluarkan beberapa negara menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan yang mencukupi
00:43untuk sekurang-kurangnya 72 jam sebagai persediaan menghadapi kemungkinan kecemasan.
00:51Katanya kerajaan sedang memantau perkembangan semasa dengan teliti dan mengambil langkah berjaga-jaga
00:57bagi memastikan bekalan makanan serta tenaga negara terus terjamin.
01:02Mengenai keselamatan tenaga, Anutin berkata,
01:04kerajaan turut memantau perkembangan serantau dan kemungkinan kesannya terhadap harga tenaga
01:09selain menyediakan sumber tenaga alternatif sebagai langkah berjaga-jaga.
01:14Beliau turut memaklumkan kerutaan Thailand diarahkan untuk menjaga kebajikan rakyatnya
01:18yang berada di negara-negara yang mengeluarkan nasihat berkenaan.
01:22Ini bagi memastikan mereka mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan berkaitan.
01:29Sementara itu, timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar,
01:32Si Hassap Puan Kat Kiao berkata,
01:34Kementerian Luar sedang memantau rapat situasi di Asia Barat
01:36dan menyediakan langkah bagi membantu serta memberi amaran kepada rakyat Thailand
01:41di kawasan berisiko tinggi.
01:43Beliau berkata pelan pemindahan turut disemak semula
01:46dengan kerjasama Angkatan Tentera di Raja Thailand
01:48dan sedia diaktifkan serta merta sekiranya keadaan bertambah buruk.
01:55Media baru-baru ini melaporkan beberapa negara termasuk United Kingdom dan Jepun
01:59menggeser rakyat masing-masing menyediakan bekalan keperluan asas
02:02seperti makanan, air minuman dan ubat-ubatan
02:05yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari
02:08sekiranya berlaku kecemasan atau gangguan terhadap perkhidmatan penting.