00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump lebih cenderung meneruskan usaha diplomasi dengan Iran walaupun berdepan desakan daripada Perdana Menteri Israel Benjamin
00:08Netanyahu agar tindakan ketenteraan dilancarkan.
00:11Menurut laporan antarabangsa, Netanyahu dalam satu perbualan telefon pada Sabtu menggesa Washington untuk menyambung semula serangan terhadap Iran selepas proses
00:19pengundian selesai.
00:22Bagaimanapun, Trump dilaporkan mahu memberikan peluang kepada saluran diplomatik yang sedang berlangsung sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan tindakan ketenteraan.
00:31Sumber yang dirujuk portal ASEAS menyifatkan perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu sebagai tegas dan berterus terang.
00:39Dalam masa sama, Trump turut memberitahu wartawan bahawa rundingan dengan Tehran menunjukkan perkembangan positif dan beliau tidak terburu-buru untuk
00:46menyambung semula serangan.
00:47Perkembangan itu menyusuli laporan bahawa naik Presiden Amerika Syarikat Jerry Vance menghantar surat kepada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran
00:56Mohsin Rezai berhubung kemungkinan menyambung semula rundingan rasmi.
01:01Dalam masa sama, peantara dari Qatar turut meneruskan usaha memudahkan perbincangan bagi membawa kembali rundingan langsung antara Washington dan Tehran.