00:00Kualiti udara di negara ini dijangka terus pertama baik susulan keadaan cuaca yang semakin lembab dan hujan lebih kerap di
00:07beberapa kawasan.
00:08Perkembangan itu turut didorong penurunan tahap amaran jerebu serantau oleh Pusat Meteorologi Khusus ASEAN ESMC.
00:16Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar JAS Azuri Azizah Saedun berkata,
00:21perubahan corak tiupan angin, susulan peralihan monsoon dan kemasukan monsoon timur laut dijangka membantu mengurangkan kemasukan asap jerebu rentas sempadan
00:30ke Malaysia.
00:31Tiupan angin yang lazimnya bergerak dari arah timur laut ke barat daya berpotensi mengurangkan kemasukan asap dari Sumatera ke Semenanjung
00:38Malaysia.
00:39Beliau berkata pemantauan JAS mendapati kualiti udara di kebanyakan kawasan negara menunjukkan perkembangan positif.
00:46Apabila tiada stesen pemantauan merekodkan bacaan indeks pencemar udara IPU pada tahap tidak sihat atau lebih tinggi.
00:54Setakat jam 3 petang, 39 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 29 kawasan berada pada tahap baik.
01:02Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap bacaan IPU di kawasan masing-masing serta mengikuti nasihat dan
01:09saranan pihak berkuasa.