Skip to playerSkip to main content
Antara agenda dalam manifesto tersebut merangkumi sasaran nisbah peningkatan hasil kerajaan negeri sebanyak lima peratus berbanding pertambahan perbelanjaan tiga peratus, bagi memastikan kedudukan kewangan negeri lebih mampan.
#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti Bersama Malaysia Bersama menjadi parti pertama yang melancarkan manifesto pilihan raya negeri PRM Melaka dengan tumpuan kepada kemampanan kewangan
00:09kerajaan negeri, kepelbagaian ekonomi dan ancaman kenaikan aras laut.
00:14Pemimpin bersama Datuk Seri Muhammad Rafizi Ramli berkata manifesto 23 muka surat itu turut memberi penekanan kepada pengukuhan urus takbir
00:21dan sistem demokrasi serta pengukuhan program sosio-ekonomi rakyat.
00:27Antara agenda manifesto tersebut merangkumi sasaran nisbah pendekatan hasil kerajaan negeri sebanyak 5% berbanding pertambahan perbelanjaan 3% bagi
00:37memastikan kedudukan kewangan negeri lebih mampan.
00:39Pertumbuhan ekonomi yang tidak lagi bergantung kepada sektor hartanah sebagai punca hasil terbesar kerajaan negeri dan untuk itu kita mencadangkan
00:53kerajaan Melaka
00:57kalau bersama menubuhkan kerajaan untuk mengembangkan dan menumpu kepada 4 bidang ekonomi besari yang kita senaraikan.
01:07Satu, pertilangan termaju, advanced manufacturing.
01:10Pelancongan berasaskan kesihatan ataupun health tourism.
01:15Ketiga sudah tentulah, the obvious.
01:18Pelancongan perucitan dan juga perkhidmatan.
01:21Basically, to create Melaka sebagai a consumption based economy yang berdasarkan kepada tourism, retail dan juga service industry.
01:32Dan perkara keempat ialah ekonomi biru.
01:36Blue economy.
01:37Selain itu, manifesto tersebut menggariskan pelan infrastruktur Melaka 2050 ke arah mempersiapkan Melaka menghadapi ancaman bencana.
01:45Ia akan memberi tumpuan kepada perancangan bandar, guna tanah dan pembangunan infrastruktur secara bersepadu dengan mengambil kira ancaman kenaikan aras
01:54laut dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
01:57Mengenai reformasi sistem demokrasi pula, Rafizi berkata, parti itu mencadangkan pelaksanaan sistem perwakilan berkadar bagi pengagian tujuh kerusi ahli Dewa
02:06Undangan Negeri Lantikan yang diluluskan di Melaka.
02:09Menerusi cadangan itu, kerusi berkenaan akan diagih berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh parti-parti bertanding dan bukan diberikan sepenuhnya
02:18kepada parti yang membentuk kerajaan negeri.
02:20Di bawah pengukuhan Program Ekonomi Sosio-Ekonomi Rakyat, lima inisiatif digariskan antaranya mencadangkan sekurang-kurangnya 30% daripada perbelanjaan kerajaan
02:30negeri disalurkan secara langsung kepada Program Sosio-Ekonomi Rakyat.

Recommended