Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada 18 September 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung
00:09tafsiran Perintah Pengampunan Besarat yang diperkenankan pada 18 September 2026.
00:16Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan perjumaat memaklumkan penangguhan itu dibuat susulan persoalan perundangan berhubung status bagi hukuman penjara Najib bagi
00:26kes SRC International selepas beliau menjelaskan denda RM50 juta.
00:34Menurut kenyataan itu terdapat dua tafsiran yang memerlukan penelitian lanjut termasuk sama ada pembayaran denda berkenaan hanya memenuhi komponen hukuman
00:44denda.
00:44Manakala hukuman penjara masih perlu dijalani sehingga 23 Ogos 2028.
00:52Satu lagi tafsiran pula menyatakan pembayaran denda RM50 juta merupakan syarat yang membolehkan pengampunan berkuatkuasa sepenuhnya sekaligus membawa maksud keseluruhan
01:04hukuman bagi kes SRC International termasuk hukuman penjara dianggap selesai.
01:10Persoalan itu turut melibatkan kesan Order of Discharge on Payment of Fine bertarikh 6 November 2026 yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi
01:20Kuala Lumpur selepas pembayaran denda berkenaan direkodkan.
01:23Jabatan Peguam Negara menjelaskan perintah mahkamah itu mengarahkan Najib dilepaskan serta merta namun pada masa sama menyatakan baki hukuman perlu
01:33dijalani menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 berdasarkan perintah pengampunan bersyarat.
01:41Dalam tempoh berkenaan, Jabatan Peguam Negara memaklumkan status penahanan Najib hendaklah dikekalkan di tempat tahanan sedia ada tertakluk kepada kuasa
01:51dan arahan pihak berkuasa yang berkenaan.
01:54Penangguhan itu juga bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah yang dipertuan agung sebaliknya bagi memastikan pelaksanaannya serta perintah mahkamah berkaitan
02:04dilaksanakan dengan tepat dan selaras dengan kedudukan undang-undang.
02:09Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya selepas penelitian dan penjelasan berhubung perkara itu selesai dilaksanakan.
Comments

Recommended