Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Transcript
00:00Dan lain sekali, Kesatuan Eropah menggesa akses bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan.
00:04Sesuatu banjir yang menenggelamkan puluhan ribu kemah penempatan sementara penduduk Palestine.
00:10Setelah jaya kesamaan, kesiagaan dan pengurusan krisis Kesatuan Eropah,
00:14Hajar Labib berkata, keadaan cuaca itu memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang dihadapi oleh penduduk Gaza.
00:25Menurut beliau, ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan cabaran lebih besar
00:29apabila hujan lebat menjejaskan kawasan perlindungan sementara mereka.
00:33Walaupun pertubuhan bantuan kemanusiaan terus beroperasi dalam keadaan cuaca yang sukar,
00:38Labib menegaskan lebih banyak bantuan perlu dibenarkan masuk ke Gaza dengan segera.
00:43Menurut pejabat media kerajaan Gaza, kira-kira 70,000 kemah yang menempatkan penduduk Palestine
00:48telah ditenggelami banjir akibat ribut yang bermula sejak Jumaat lalu.
00:53Keadaan itu teruk diburukkan dengan kerosakan infrastruktur
00:57serta kekurangan peralatan kecemasan yang menyukarkan operasi bantuan.
01:01Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestine UNRWA memaklumkan
01:07hampir 2 juta penduduk Gaza kini memerlukan tempat perlindungan dan bantuan asas ketika musim sejuk semakin hampir.
01:15Agensi Bantuan Antarabangsa kini terus menggesa akses kemanusiaan di peluas
01:20bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk kepada penduduk yang terjejas.
01:24Terima kasih telah menonton!

Recommended