• 5 minutes ago
Keputusan acara lumba jalan kaki 800 meter pada Kejohanan Junior Development Programme (JDP) Siri 3 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencetuskan persoalan selepas rakaman pertandingan itu tular di media sosial, sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari.
Transcript
00:00Menteri Belia dan Sukan Muhammad Taufik Johari menggesa pihak penganjur dan panel hakim memberikan penjelasan berhubung keputusan acara lumbar jalan
00:08kaki 800 meter pada Kejohanan Junior Development Program GDP Siri 3 baru-baru ini.
00:15Beliau berkata penjelasan itu penting bagi memastikan keputusan pertandingan dibuat secara telus dan dapat difahami semua pihak, khususnya atlet serta
00:26ibu bapa yang terlibat.
00:31Isu berkenaan menjadi perhatian selepas rakaman video pertandingan yang berlangsung di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM pada 14 November
00:41lalu tular di media sosial.
00:44Menerusi hantaran di threads, Taufik berkata beliau telah menonton rakaman berkenaan dan memahami kekecewaan ibu bapa yang mempersoalkan keputusan pertandingan
00:54itu.
00:54Menurutnya, setiap atlet dan ibu bapa berhak mengetahui asas penilaian serta kaedah yang digunakan oleh panel hakim dalam menentukan keputusan
01:04sesuatu acara.
01:06Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan olahraga Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan usaha meningkatkan latihan dan
01:16kompetensi pegawai teknikal negara.
01:18Langkah itu penting bagi memastikan pegawai teknikal lebih bersedia dan mempunyai kemahiran mencukupi menjelang acara Half Marathon Race Walk yang
01:27bakal dipertandingkan pada Sukansi 2027.
01:31Terima kasih kerana menonton!

Recommended