Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata di bandar raya Vienna, Austria pada Isnin yang mengakibatkan orang awam terkorban dan cedera.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan itu dan mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.