Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 394 mangsa berbanding hanya 193 orang pada petang semalam.
Kesemua mereka ditempatkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah termasuk tiga yang baru di buka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Shuh Yen di Jasin dan SMK Seri Pengkalan di Alor Gajah.