00:00Tiga pelancong Malaysia didenda 12,000 baht atau bersamaan RM1,447 oleh Polis Thailand selepas didapati memandu secara menghalang lalu
00:11lintas di Jalan Patkasem, Hat Yai awal pagi ahad.
00:15Ketiga-tiga mereka turut didenda kerana melakukan ubahsuai kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang.
00:24Timbalan Inspektor Trafik Balai Polis Hat Yai, Leftenen Polis Prud Patanapran berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 26 hingga
00:3330 tahun itu bersama seorang warga Thailand diarahkan hadir ke balai polis selepas pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai tindakan
00:40mereka.
00:40Kejadian itu berlaku sekitar 12.30 minit pagi melibatkan tiga kereta bernombor pendaftaran Malaysia berwarna biru, merah dan putih serta
00:49sebuah kereta hitam milik warga Thailand yang bergerak dalam satu barisan di jalan berkenaan.
00:54Katanya, pemandu kereta hitam yang berada di hadapan dipercayai merakam video untuk kandungan media sosial.
01:01Manakala kumpulan kenderaan itu beberapa kali melakukan pusingan you dengan bunyi eksos yang kuat serta menghalang lalu lintas.
01:09Prud berkata aksi berkenaan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan sebelum rakaman kejadian itu tersebar di beda
01:18sosial.
01:19Semua suspek mengaku bersalah dan membayar denda sebanyak 4,000 baht.
01:23Semua suspek mengaku bersalah dan membayar denda sebanyak 4,000 baht atau bersamaan RM482 setiap seorang sebelum dibebaskan pada ahad.