Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kesediaan parti-parti dalam gabungan itu menggerakkan jentera bagi membantu calon daripada parti lain menunjukkan kerjasama yang terjalin bukan sekadar atas dasar kepentingan politik masing-masing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Parti Pejuang Tanah Air Pejuang berharap rundingan pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional pada pilihan raya akan datang dapat membuka ruang
00:08kepada parti itu untuk bertanding menggunakan logo PN.
00:11Presidennya Ratuk Seri Muhkris Mahathir berkata perkara itu antara yang sedang dibincangkan bersama parti komponen PN dan Barisan Nasional bagi
00:20mencapai persetujuan mengenai agihan kerusi berdasarkan kekuatan masing-masing.
00:25Di Negeri Sembilan kami berharap untuk dapat bertanding kurang-kurang satu kerusi asalnya di gemas tetapi adun di gemas itu
00:42berpindah daripada bersatu ke wawasan.
00:48Jadi tentulah kerusi itu akan ditandingi oleh wawasan. Dan akhirnya memang pun calon wawasan menang di situ.
00:56Next kerusi yang kita berminat gemenceh. Sebelah saja dengan gemas.
01:02Gemenceh pula apabila ada kerjasama dengan Barisan Nasional dan memang pun ada calon daripada UMNO di situ.
01:08Jadi itulah keadaan yang terpaksa kita harungi dan begitu juga di Melaka.
01:16Semua ini satu ketetapan yang kita buat secara harmoni dalam mesyuarat.
01:22Memanglah ada rundingan kursi tapi akhirnya keputusan yang dibuat ditima oleh semua pihak.
01:27Tambahnya kesediaan parti-parti dalam gabungan itu menggerakkan jentera bagi membantu calon daripada parti lain menunjukkan kerjasama yang terjalin bukan
01:34sekadar atas dasar kepentingan politik masing-masing.
01:36Beliau berharap semangat itu turut menjadi asas kepada rundingan agian kursi akan datang supaya kekuatan semua parti diberikan pertimbangan sewajarnya.

Recommended