00:00Mahkamah Keselamatan Jordan pada Ahad menjatuhkan hukuman mati terhadap tiga lelaki kerana melakukan serangan maut di sebuah gereja bulan lepas
00:09ketiga-tiga lelaki itu disabitkan atas kesalahan melakukan tindakan keganasan yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebarkan ideologi radikal.
00:22Seorang daripada mereka turut disabitkan atas kesalahan menyediakan dana untuk membiayai serangan keganasan.
00:30Menurut seorang peguam yang mewakili keluarga mangsa, dua lagi individu dijatuhi hukuman penjara enam tahun.
00:37Pada 23 Oktober, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah gereja oktodoks Greek di wilayah Karak, Jordan ketika upacara memperingati seseorang menyebabkan
00:47sembilan terbunuh dan puluhan lagi cedera.
00:50Kawasan itu terletak kira-kira 90 minit perjalanan dengan kereta keselatan aman Ibu Negara, Jordan.
00:56Pihak berkuasa Jordan menyifatkan serangan itu sebagai tindakan keganasan yang belum pernah berlaku dalam sejarah terdekat negara.
01:05Susulan serangan berkenaan, Jordan melancarkan serangan udara di negara jiran Syria sebagai tindakan balas dengan menyatakan bahawa serangan itu menyasarkan
01:14tempat persembunyian kumpulan pengganas yang disyaki terlibat.
01:18Tentera Jordan memaklumkan suspek yang melakukan serangan terhadap gereja itu mempunyai kaitan dengan kumpulan yang menjadi sasaran serangan udara berkenaan.