Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Cubaan seorang lelaki memandu secara agresif serta melanggar kenderaan polis ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan mengundang padah apabila diberkas di Jalan Tiara Titiwangsa 10, Kuala Lumpur pada Ahad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Cubaan seorang lelaki memandu secara agresif serta melanggar kenderaan polis ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan gagal apabila diberkas di
00:11Jalan Tiara Titiwangsa 10, Kuala Lumpur pada pagi Ahad.
00:14Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Syamsuddin Mamad berkata kenderaan terbabit dipandu secara berbahaya melalui beberapa
00:24laluan sebelum dan ditahan di kawasan berkenaan.
00:29Kejadian berlaku kira-kira jam 2.11 pagi ketika kereta jenis Toyota Vios dipandu suspek cuba melarikan diri daripada pemeriksaan
00:36polis di sekatan jalan raya.
00:38Bagaimanapun ketika polis cuba melakukan tangkapan, suspek bertindak agresif dengan melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri semula.
00:46Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang merupakan pemandu kenderaan terbabit bagi membantu
00:54siasatan.
00:55Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan dadah.
01:00Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan, Seksyen 279 Kanun Kesiksaan serta Seksyen 42-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Recommended