00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dengan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni, di Penumpet pada Ahad.
00:07Ia berlangsung sempena lawatan tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Francophonie ke-20.
00:17Sidang Kemuncak itu menghimpunkan wakil daripada 90 negara dan kerajaan dengan tema
00:22Melabur semula dalam keamanan demi kemakmuran bersama dan kestabilan mampan.
00:27Sebelum mengadakan perbincangan di Istana Diraja, Macron dan Raja Norodom Sihamoni memeriksa kawalan kehormatan dalam suasana yang sarat dengan adat
00:37istiadat.
00:38Macron turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Kemerdekaan serta dipatung mendiang Raja Bapa Kemboja, Norodom Sihamoni, di Penumpet.
00:46Lawatan ke Kemboja itu antara lain menumpukan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang infrastruktur, tenaga, penjagaan kesihatan, pengangkutan, pertanian dan pemeliharaan
00:56warisan.
00:57Selain menegaskan semula hubungan lama antara kedua-dua negara yang bermula sejak Perjanjian Damai Paris 1991.
01:05Beliau seterusnya akan ke Kuala Lumpur pada Isnin yang menandakan lawatan pertamanya ke Malaysia sejak 2017.
01:12Lawatan itu dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Perancis dengan kedua-dua negara bakal meningkatkan hubungan yang telah lama
01:20terjalin kepada perkongsian strategik.
01:22Tumpuan diberikan kepada pertahanan dan keselamatan, mineral kritikal, peralihan tenaga, aeronautik dan angkasa lepas, kecerdasan buatan AI, keselamatan saiber serta
01:34semi-kondukta.
01:35Lawatan itu merupakan kesinambungan momentum yang terhasil daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis pada Julai
01:432025.
01:44Perancis pada Julai 2021.