00:00Dan ini pula respons Fahmi Reza, aktivis dan pereka grafik itu menzaikan rasa kecewa terhadap dawaan kegagalan kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tanggungjawab berhubung insiden yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan ke luar negara pada Sabtu.
00:17Menurut Fahmi, walaupun kenyataan rasmi menyatakan bahawa tiada sebarang sekatan perjalanan dikenakan terhadapnya, dia tetap dihalang di pintu ke luar negara.
00:26Satu tindakan yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap hak kebebasan bergerak seorang rakyat Malaysia.
00:33Fahmi mempersoalkan sikap kerajaan yang didakwanya enggan mengakui kesilapan walaupun dia telah mengalami kesulitan dan kerugian akibat insiden tersebut.
00:44Sehubungan itu, Fahmi menyatakan kesediaannya untuk mengambil tindakan undang-undang sebagai langkah menuntut haknya selari dengan saranan supaya menggunakan saluran yang betul.
00:56Terima kasih telah menonton!