Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, terdapat isu teknikal dalam aplikasi myTNB hingga menyebabkan paparan graf penggunaan elektrik bagi Julai tidak tepat.

Menerusi kenyataan pada Selasa, TNB memberi jaminan, bacaan penggunaan sebenar tidak terjejas susulan aduan berlaku peningkatan luar biasa dalam graf penggunaan kilowatt jam bagi sesetengah pelanggan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tenaga Nasional Berhad TNB memaklumkan terdapat isu teknikal dalam aplikasi MyTNB hingga menyebabkan baparan graf penggunaan elektrik bagi Julai tidak tepat.
00:11Menerusi kenyataan pada selasa, TNB memberi jaminan bacaan penggunaan sebenar tidak terjejas susulan aduan berlaku peningkatan luar biasa dalam graf penggunaan kilowatt jam bagi sesetengah pelanggan.
00:23Akibat masalah itu, graf penggunaan bagi Julai tidak dipaparkan buat sementara waktu dan pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan.
00:34TNB ketika ini sedang mengambil tindakan pembaikan dan akan memaklumkan sekiranya terdapat perkembangan terkini.
00:41Sejak minggu lalu, ramai pengguna menyuarakan rungutan di media sosial dengan mendakwa bil elektrik mereka melonjak sehingga berkali ganda,
00:47termasuk membangkitkan persoalan mengenai tarif elektrik dan skim masa penggunaan.
00:54Suruhan Jaya Tenaga menerusi kenyataan pada Jun lalu memaklumkan lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif
01:04bermula 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027.
01:10Pelaksanaan struktur tarif baharu itu mengikut kerangka kawal selia berasaskan insentif bagi tempoh regulatory keempat
01:17melibatkan penstrukturan semula kadar purata tarif alsas, jadual tarif baharu dan pelarasan kos bahan api.

Recommended