Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Untuk membina ASEAN yang berdaya tahan, dinamik dan berpaksikan rakyat, setiap negara anggota perlu memastikan hak dan maruah rakyat dijamin terlebih dahulu.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Malaysia menegaskan penegakan hak asasi bukan hanya memenuhi tuntutan moral dan undang-undang antarabangsa.

Sebaliknya, menjadi asas kepada kestabilan, kepercayaan dan pertumbuhan mampan di rantau ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk membina ASEAN yang berdaya tahan, dinamik dan berpaksikan rakyat setiap negara, anggota perlu memastikan hak dan juga maruah rakyat dijamin terlebih dahulu.
00:11Menurut Menteri Luar, Datuk Siu Muhammad Hassan, Malaysia menegaskan penegakkan hak asasi bukan hanya memenuhi tuntutan moral dan undang-undang antarabangsa, sebaliknya menjadi asas kepada kestabilan, kepercayaan dan pertumbuhan mampan di rangtau ini.
00:30Muhammad menjelaskan masa depan ASEAN perlu dibentuk berasaskan kerangka yang inklusif, mampan dan berpandangan jauh dengan rakyat sebagai teras utama dalam setiap dasar dan tindakan serantau.
01:00Beliau berucap semasa sesi dialog Menteri-Menteri Luar ASEAN bersama Wakil Seruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia, AICHR,
01:13sempena mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan pada Selasa.
01:19Malaysia turut mengalu-alukan inisiatif AICHR dalam merangka dua deklarasi baharu yang dianggap penting dalam landscape hak asasi manusia serantau.
01:32Dua dokumen tersebut ialah deklarasi ASEAN mengenai hak kepada alam sekitar yang selamat, bersih, sihat dan mampan,
01:40serta deklarasi mengenai pemajuan hak kepada pembangunan dan keamanan ke arah mewujudkan pembangunan inklusif dan mampan.
01:48Muhammad berkata deklarasi ini memberi tumpuan kepada isu-isu mendesak yang dihadapi rakyat ASEAN khususnya,
01:56golongan rentan yang terdedah kepada risiko alam sekitar, ketidaksamarataan dan ketidakstabilan sosial.
02:04Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan memegatirai dari 8 hingga 11 Julai ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
02:13Selaku pengurusia ASEAN 2025, mesyuarat ini adalah platform penting untuk Malaysia memperkukuhkan agenda serantau dan kedudukan di peringkat antarabangsa.
02:23Untuk Rabu, tumpuan akan terarah kepada perasmian mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan ucap pertama yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
02:34Laporasi Muhammad dan Rizal Rahim untuk Esra Awani.
02:38Menteri-Menteri Luar ASEAN

Recommended