00:00Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi sentiasa menyokong usaha perbandanan kemajuan film nasional Malaysia FINAS dalam mempromosikan film tempatan ke peringkat antarabangsa.
00:11Timbalan Menteri Komunikasi, Tio Ni Ching berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama pengerusi dan ketua pegawai eksekutif FINAS bagi merancang penganjuran festival film Malaysia di negara-negara luar termasuk di China.
00:24Menurut Ni Ching, penganjuran festival seumpama itu di luar negara boleh menjadi platform mempromosi hasil karya tempatan dengan lebih berkesan.
00:36Banyak peluang untuk kita ekspor supaya kita boleh bawa film-film Malaysia yang dapatlah kutipan box office yang baik supaya kita juga boleh dapat sambutan yang bagus.
00:45Dan untuk kebelakangan ini, kita nak ucap tanya dan syabas kepada movie Ejen Ali kedua ini kerana memang dapat sambutan yang begitu baik di Indonesia.
00:56Dan kita percaya bahawa banyak film lagi yang akan dapat sambutan yang baik di rantau ASEAN dan juga luar rantau ASEAN.
01:04Kata Ni Ching, salah satu daripada bentuk sokongan itu termasuklah dana kandungan kreatif DKK Fasa 1, merangkumi RM12 juta yang diagihkan menerusi dana pasca produksi, dana program TV Borneo, dana pemasaran dan dana penyertaan dan promosi antarabangsa.
01:22Setakat 30 Jun lalu, industri film tempatan telah merekodkan kutipan box office melebihi RM162 juta melalui tayangan 39 buah film cereka mengatasi kutipan sepanjang tahun lalu sebanyak RM125.28 juta.
01:42Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Festival Film Malaysia ke-34 FFM 34 di Hulu Kelang pada Selasa.
01:51Festival berprestij dengan tema karya kreatif sinema dinamik itu bakal berlangsung di Auditorium Seri Angkasa Angkasa Puri, Kota Media pada 8 November depan.
02:02Sebanyak 30 kategori anugerah bakal dipertandingkan termasuk satu kategori baharu iaitu anugerah aksi dan lagak ngeri terbaik.