Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Polis sedang memburu seorang sami warga India yang dipercayai mencabul seorang pelakon tempatan di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis sedang memburu seorang sami warga India yang dipercayai mencabul seorang pelakon tempatan di sebuah kuil di Bandar Baru Salat Tinggi, Sepang.
00:11Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisional Nur Hizam Bahaman mengesahkan menerima laporan daripada mangsa yang berusia 27 tahun sekitar pukul 8.15 malam 4 Julai lalu.
00:22Kes itu tulah sejak Isnin selepas mangsa membuat pendedahan mengenai kejadian itu menerusi laman Instagramnya.
00:32Menurutnya kejadian berlaku pada 21 Jun lalu ketika dia berkunjung ke kuil berkenaan seorang diri.
00:38Mangsa mendakwa dia diajak suspek ke pejabat kuil sebelum lelaki itu merenjiskan air sembahyang ke mukanya dan meminta dia menanggalkan baju yang dipakainya.
00:48Apabila mangsa enggan, suspek bertindak memasukkan tangannya ke dalam pakaian mangsa dan mencabul mangsa sambil mendakwa,
00:56tindakannya adalah satu bentuk restu kerana dia berkhidmat untuk Tuhan.
01:01Susulan kejadian itu mangsa mengakui dirinya trauma dan hanya memberitahu perkara sebenar kepada ibunya pada 4 Julai selepas ibunya pulang dari luar negara.
01:11Ibu wanita itu kemudian membuat laporan polis.
01:13Menurut Nurhizam, siasatan mendapati, suspek menggantikan sami tetap yang kini berada di luar negara.
01:20Polis percaya, suspek masih berada dalam negara.
01:24Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Kesiksaan yang boleh dihukum penjara 10 tahun, denda dan sebatan.
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended