00:00Nasib empat individu yang ditahan berhubung kes pembunuhan seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, sebuah universiti swasta di Saiberjaya, Manisha Paitkor, dijangka diketahui dalam masa terdekat sama ada kesemua mereka akan dituduh atau hanya sebahagian sahaja.
00:18Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Nurhizam Bahaman ketika dihubungi Isro Awani memberitahu, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa.
00:30Menurutnya, polis sedang menunggu arahan dari pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
00:38Kesemua mereka disambung reman sehingga Kamis dan Jumaat bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dilakukan.
00:46Tiga individu termasuk suspek utama yang berusia antara 19 dan 20 tahun terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita ditahan dalam tempoh 48 jam selepas laporan polis diterima pada 24 Jun lalu.
00:59Mereka ditahan di Johor Baru, Johor dan Gembencih Negeri Sembilan masing-masing pada 25 dan 26 Jun lalu, sementara seorang lagi ditahan pada keesokan hari.
01:09Media sebelum ini melaporkan Manisha Prid, berusia 20 tahun yang berasal dari Kucing Sarawak, ditemukan mati di dalam bilik asramanya pada pukul 10.28 pagi pada 24 Jun lalu.
01:22Mangsa tinggal bersendirian di bilik asrama berkenaan selepas lima rakan sebiliknya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu.
01:29Mendiang dijadwalkan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat.
01:33Susulan itu, polis menahan empat individu termasuk suspek utama yang merupakan teman lelaki kepada rakan serumah Mendiang.